All posts by Joyce Bryant

Cara Membersihkan Kusyen Kereta dengan Benda Yang Sudah Sedia Ada Di Rumah

Tumpahan berlaku, kadang sukar untuk kita menjangkakannya. Tetapi apabila ia berlaku, tempat duduk kereta anda boleh menjadi kotor dan berbau. Oleh itu, untuk membantu anda mengatasi masalah ini, kami mempunyai beberapa petua berguna dan mudah bagaimana untuk membersihkan tempat duduk kereta dengan hanya menggunakan produk yang sudah sedia ada di rumah anda. Anda akan melihat bahawa barang pembersih yang diperlukan sungguh basic dan mudah didapati di pasaraya sekiranya anda masih tidak mempunyai di rumah.

Membersihkan Kerusi Kereta Jenis Fabrik

Daripada membawa kereta anda ke carwash, ada beberapa cara untuk membersihkan kerusi kain anda dengan sendiri. Contohnya:

Gunakan air soda berkarbonat: Semburkan sedikit di kawasan yang kotor dan gunakan berus untuk membersihkan kotoran, kemudian lap dengan tuala bersih.

Gunakan serbuk soda penaik: Campurkan ΒΌ cawan baking soda dengan secawan air suam, kemudian sapu larutan secara ringan di berus gigi, tonyohkannya dia atas kotoran. Sekiranya noda sukar ditanggalkan, biarkan larutan selama sekitar 30 minit di atas kotoran itu.

Gunakan campuran cuka: Campurkan secawan cuka, beberapa titis sabun basuh pinggan dan satu liter air panas ke dalam baldi. Kemudian tuangkan campuran ke dalam kotoran dan gunakan berus untuk menggosok tempat duduk, kemudian gunakan air bersih untuk membilas.

Gunakan pencuci pakaian: Sekiranya anda tidak mempunyai sabun khas untuk mencuci kusyen kereta, anda boleh menggunakan sedikit pencuci pakaian, campur dengan air panas dan lembapkan kotoran dengannya. Gunakan tuala dengan air sejuk untuk membilas sabun basuh pakaian tadi.

Membersihkan Kusyen Kereta Jenis Kulit

Tempat duduk kulit memerlukan penjagaan yang lebih teliti berbanding kusyen jenis fabrik kerana kualiti materialnya yang premium dan mahal. Untuk membersihkan tumpahan dan kotoran dari kusyen kulit, cubalah salah satu cara berikut:

Gunakan penghilang cat kuku atau alkohol: Gosokkan kotoran dengan gumpalan kapas yang dicelupkan ke dalam alkohol perlahan-lahan untuk menghilangkan kekotoran dari permukaan kulit. Setelah kotoran hilang, bersihkan sapuan alkohol tadi dari tempat duduk dengan sabun basuh pinggan dan air suam.

Gunakan ubat gigi: Ini teknik yang agak unik, sapukan sedikit ubat gigi pada kotoran dan berus menggunakan berus gigi yang bersih dengan lembut untuk membersihkannya.

Gunakan jus lemon dan krim pes tartar: Campurkan sedikit jus lemon dan krim tartar yang ke dalam bekas dan sapukan pada kotoran. Biarkan kira-kira 30 minit dan kemudian anda boleh mengelapnya dengan span lembap. Campuran ini mempunyai kesan pemudaran, jadi hanya sesuai digunakan pada tempat duduk yang berwarna cerah.

Campuran cuka & air juga boleh digunakan untuk mencuci tempat duduk kulit.

Kami berharap beberapa solusi di atas ini dapat membantu anda memastikan tempat duduk kereta anda bersih dan kelihatan seperti baru. Terus ikuti blog kami ini untuk mendapatkan petua yang lebih berguna.

Kalau tidak punyai masa untuk buat sendiri, upah sahaja tukang cuci kusyen kereta ini! Ribuan pelanggan yang berpuas hati telah menggunakan servis mereka. Baca lebih lanjut tentang bisnes mereka, CleanHero di sini.